Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak yang baharu.<br /><br />Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, pelantikan Wan Zahidi adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos.